

.jpg)

.jpg)


.jpg)



TERMA & SYARAT PENYERTAAN FUN RUN
1. Kelayakan Peserta
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan umur bagi kategori larian 4km dan 10km.
- Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Kategori Kanak-Kanak
Terbuka kepada peserta berumur 12 tahun dan ke bawah pada tarikh pertandingan.
- Kategori Terbuka (Bawah 40 Tahun)
Terbuka kepada peserta berumur 40 tahun dan ke bawah pada tarikh pertandingan.
- Kategori veteran (40 Tahun ke Atas)
Terbuka kepada peserta berumur 40 tahun dan ke atas pada tarikh pertandingan.
2. Pendaftaran & Bayaran
- Pendaftaran hanya akan disahkan selepas bayaran diterima sepenuhnya.
- Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan selepas pendaftaran disahkan.
- Sebarang perubahan tertakluk kepada kelulusan penganjur.
3. Baju & Kit Larian
-Setiap peserta akan menerima Kit Larian yang mengandungi:
- Jersi Acara (Event Jersey)
- Pingat Penamat (Finisher Medal)
- Nombor Larian (Race Bib) (melayakkan penyertaan cabutan bertuah)
- Beg Serut (Drawstring Bag) (eksklusif untuk kategori 10km sahaja)
-Pengambilan Kit Larian hendaklah dibuat pada tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
4. Keselamatan & Kesihatan
- Peserta bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kecergasan diri untuk menyertai larian.
- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian semasa acara.
- Peserta dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara.
- Peserta akan diiringi oleh pasukan perubatan (medical team) sepanjang laluan larian demi memastikan keselamatan semua.5. Peraturan Larian
- Peserta mesti memakai nombor bib rasmi sepanjang larian.
- Tiada kenderaan bermotor atau basikal dibenarkan.
- Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar peraturan atau berkelakuan tidak sopan.
6. Penangguhan / Pembatalan
- Penganjur berhak untuk menangguhkan, membatalkan atau menukar laluan acara atas faktor cuaca buruk, keselamatan, atau perkara luar kawalan.
- Tiada bayaran balik akan dibuat sekiranya acara dibatalkan atas faktor di luar kawalan.
7. Penggunaan Imej & Data
- Penganjur berhak menggunakan gambar dan video peserta semasa acara untuk tujuan promosi tanpa notis.
- Maklumat peribadi peserta hanya digunakan untuk urusan berkaitan acara.
8. Tanggungjawab & Pelepasan Tuntutan
- Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju melepaskan penganjur daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti.
Need Help with Registration?For any registration issues or questions,- Fazlee- +60 16-767 8312 Azizi- +60 12-565 6678